Powered By Blogger

Thursday 5 May 2011

MATA PELAJARAN BARU TAHUN 4

Salam kepada sesiapa yang membaca apa yang saya tulis.Mata pelajaran baru pada tahun 4 ialah KT,SV dan KH.KT ialah Kajian Tempatan.SV ialah Sivik.KH ialah Kamahiran Hidup.Kajian Tempatan ialah cerita macam mana orang dulu-dulu hidup dan macam manakah rumah mereka.Kajian Tempatan juga menceritakan rumah di luar negara dan di negara kita.Kajian Tempatan juga menceritakan rumah yang berada di zon panas,zon sejuk,zon sedehana panas dan zon sedehana sejuk.Sivik menceritakan tentang kelemahan diri dan kelebihan diri.Sivik juga menceritakan tentang cara-cara untuk membaiki kelemahan diri.Kamahiran Hidup banyak membuat kerja kusus bersama cikgu yang mengajar anda.Maaf kalau ada salah ejaan atau tanda baca jangan marah tau.okey ni saja assalamualaikum.

Sekolah,kelas dan cita-cita saya.

Salam kepada semua orang yang membaca apa yang saya tulis.Saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1.Nama kelas saya ialah 4 Produktif,Kelas yang tertinggi di sekolah saya.Bukan senang nak masuk kelas P,kita kena dapat A dalam peperiksaan dan kena banyak membaca buku-buku yang berfaedah seperti buku teks sekolah dan buku cerita.Semasa saya tahun satu saya berada dalam kelas 1Efektif kelas kerdua tertinggi di sekolah saya dan semasa saya tahun dua saya berada dalam kelas 2Efektif.Semasa saya sekolah pada tahun 3 dan 4 saya berada dalam kelas Produktif.Saya ada ramai kawan-kawan di sekolah saya.Saya bersekolah pagi hingga bulan 6 dan lepas itu saya sekolah petang.Kalau sekolah pagi Isnin hingga Khamis bilik pukul 1.30 petang tapi hari Jumaat balik pukul 12.00 tengahari.Kalau saya sekolah petang pula saya balik pukul 6.30 petang tapi kalau puasa pukul 5.30 petang.Cita-cita saya nak jadi Polis atau saintis maaf kerana banyak salah ejaan atau tidak letak tanda baca yang betul jangan marah tau.Okey dah habis.